Sunday, August 5, 2012

Siapa Kata Orang Islam Pengganas?


Seorang ulama islam German ditanya mengenai islam dan keganasan,dan jawapan beliau adalah:"Siapakah yang memulakan perang dunia pertama? adakah umat Islam?Siapakah yang memulakan perang dunia kedua? adakah umat Islam?Siapakah yang membunuh kira-kira 20 juta Orang Asli di Australia? Adakah umat Islam?Siapa yang menghantar bom nuklear ke Hiroshima dan Nagasaki? Adakah umat Islam?Siapakah yang membunuh lebih daripada 100 juta orang India di Amerika Utara? Adakah umat Islam?Siapakah yang membunuh lebih daripada 50 juta kaum India di Amerika Selatan? Adakah umat Islam?Siapakah yang mengambil kira-kira 180 juta orang Afrika untuk dijadikan hamba dan 88% daripada mereka meninggal dunia dan telah dibuang ke dalam lautan Atlantik? Adakah umat Islam?"

Wednesday, May 4, 2011

~~Siapa orang tua dalam Logo KFC~~


Adakah anda kenal siapa orang tua yang tersenyum dalam logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya KFC? dan bagaimana tertubuhnya KFC?

Beliau ialah Kolonel Harland Sanders, pencipta resepi KFC. Lahir pada 9 September 1890 dan mula membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun. Kerana itu janggut dan rambut didalam logonya berwarna putih (uban).

Beliau sebenarnya adalah seorang tentera darat Amerika, namun selepas pencen, beliau tidak memiliki wang walau sesen pun. Pada masa itu, beliau hanya memiliki kepandaian dalam memasak dan merempah ayam goreng yang diciptanya. Rasanya sangat istimewa pada waktu itu. Resepi itu kemudiannya dijual di restoran-restoran.

~~UEFA lindungi Barca - Ronaldo~~


BARCELONA - Cristiano Ronaldo semalam mendakwa, badan bola sepak Eropah, UEFA telah memberi layanan istimewa kepada Barcelona dengan bertindak menggantung pengurus Real Madrid daripada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan 1-1 semalam.


Malah, Real dinafikan tiket final selepas kalah menerusi agregat 3-1 dalam dua perlawanan yang menimbulkan banyak keraguan mengenai pengadilan, baik ketika mereka beraksi di Madrid mahupun dalam kunjungan ke Nou Camp.

Semalam, pengadil dari Belgium, Frank De Bleeckere menyerlahkan dakwaan Ronaldo dengan membuat keputusan kontroversi apabila membatalkan gol pembukaan Real yang disempurnakan oleh Gonzalo Higuain kerana mendakwa Ronaldo telah mengkasari pertahanan lawan, Javier Mascherano sedangkan dia sebenarnya ditolak oleh pemain lawan sebelum terlanggar Mascherano. 

 “Barcelona menerima pelindungan yang amat bagus, kami sudah tahu sesuatu akan berlaku hari ini.


 “Pada tahun akan datang, mereka (UEFA) sepatutnya menyerahkan terus trofi kepada Barcelona,’’ tegas bintang Portugal itu. - AP

~~Budak jual 3,000 lukisan kumpul biaya rawatan kanser~~

KANSAS, Amerika Syarikat - Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010.
Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan.

Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih.

Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan.

Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.

Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. - Agensi

~~Ulasan TG Nik Aziz berhubung kematian Osama Laden~~

JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Tuesday, May 3, 2011

~~Berani Kah Hussam Musa Cabar Nik Aziz Jalani Ujian Poligraf~~

Dato Ezskay Abdullah telah menyahut cabaran Hussam Musa untuk menjalani ujian Poligraf bagi memastikan Dato Eskay tidak berbohong dan bercakap benar dalam isu Seks Video Anwar Ibrahim. Gomo memang dari awal dah menjangka pasti akan ada sahaja kenyataan dari Pemimpin Pembangkang yang cuba mempertikaikan kreability Eskay Saksi dalam Video Seks Anwar.

Gomo juga nak mencabar Hussam Musa agar turut sama menjalani ujian Poligraf berhubung isu skandal Wang RM6 Juta dalam Projek Ternakan kambing Janapari yang telah di songlap Hussam Musa. Dah berapa kali Gomo keluarkan isu ini yang mana jelas terdapat penyelewengan yang berlaku dalam Projek Ternakan Kambing Janapari.

Ke mana Hussam Musa bawa wang RM 6 juta yang telah di berikan oleh Nik Aziz Nik Mat? Oleh kerana Nik Aziz Nik Mat juga terlibat dalam hal ini maka Gomo juga mencabar Nik Aziz Nik Mat menjalani Ujian Poligraf menjelaskan apakah Benar atau tidak Wang Rakyat RM6 Juta telah di berikan kepada Hussam Musa dalam Pembayaran buat Projek Kambing Janapari.

RM 6 Juta bukan sikit dan pastinya seluruh rakyat Malaysia juga ingin tahu ke mana wang tersebut pergi. Nak kata wang tersebut di gunakan untuk pembayaran Projek Kambing adalah tidak masuk akal kerana Projek Kambing Janapari telah lama terkubur malah Kandang kambing yang terbina juga telah mula menyembah bumi. Jadi ke mana perginya wang RM6 Juta tu? Di Guna untuk apa Oleh Hussam Musa?

Jika Hussam Musa anak Jantan maka sila lah jalani Ujian Poligraf bagi menentukkan sama ada Hussam Musa atau pun Nik Aziz yang berbohong dalam isu wang Rm6 Juta Projek Ternakan Kambing Janapari. Biar rakyat tahu siapa yang PEMBOHONG.

~~Beli majalah Red Warriors~~

Penyokong fanatik Kelantan...sila beli terbitan khas hasil tangan Rodly Fadly.

Majalah khas The Red Warriors


PENYOKONG-PENYOKONG setia pasukan Kelantan kini boleh mengenali lebih dekat pemain-pemain skuad The Red Warriors dengan mendapatkan majalah ‘Bola Mania- Edisi Khas The Red Warriors 2011’ yang akan berada di pasaran mulai minggu depan.


Menurut penerbitnya, Rodly Fadly, selain memaparkan kisah-kisah eksklusif bintang-bintang Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Badri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi, majalah tersebut  memuatkan poster pemain-pemain yang boleh dijadikan koleksi penyokong-penyokong fanatik The Red Warriors.


Selain boleh didapatkan di kedai-kedai buku sekitar Kelantan, majalah berharga RM4.00 itu juga akan dijual di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV setiap kali Kelantan beraksi.


“Buat permulaan, kami mencetak sebanyak 10,000 naskhah dan akan diulang cetak jika mendapat sambutan. Kami yakin penyokong-penyokong setia Kelantan tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya kerana ia boleh dijadikan koleksi mereka,” kata Rodly.