Wednesday, May 4, 2011

~~Siapa orang tua dalam Logo KFC~~


Adakah anda kenal siapa orang tua yang tersenyum dalam logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya KFC? dan bagaimana tertubuhnya KFC?

Beliau ialah Kolonel Harland Sanders, pencipta resepi KFC. Lahir pada 9 September 1890 dan mula membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun. Kerana itu janggut dan rambut didalam logonya berwarna putih (uban).

Beliau sebenarnya adalah seorang tentera darat Amerika, namun selepas pencen, beliau tidak memiliki wang walau sesen pun. Pada masa itu, beliau hanya memiliki kepandaian dalam memasak dan merempah ayam goreng yang diciptanya. Rasanya sangat istimewa pada waktu itu. Resepi itu kemudiannya dijual di restoran-restoran.

~~UEFA lindungi Barca - Ronaldo~~


BARCELONA - Cristiano Ronaldo semalam mendakwa, badan bola sepak Eropah, UEFA telah memberi layanan istimewa kepada Barcelona dengan bertindak menggantung pengurus Real Madrid daripada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan 1-1 semalam.


Malah, Real dinafikan tiket final selepas kalah menerusi agregat 3-1 dalam dua perlawanan yang menimbulkan banyak keraguan mengenai pengadilan, baik ketika mereka beraksi di Madrid mahupun dalam kunjungan ke Nou Camp.

Semalam, pengadil dari Belgium, Frank De Bleeckere menyerlahkan dakwaan Ronaldo dengan membuat keputusan kontroversi apabila membatalkan gol pembukaan Real yang disempurnakan oleh Gonzalo Higuain kerana mendakwa Ronaldo telah mengkasari pertahanan lawan, Javier Mascherano sedangkan dia sebenarnya ditolak oleh pemain lawan sebelum terlanggar Mascherano. 

 “Barcelona menerima pelindungan yang amat bagus, kami sudah tahu sesuatu akan berlaku hari ini.


 “Pada tahun akan datang, mereka (UEFA) sepatutnya menyerahkan terus trofi kepada Barcelona,’’ tegas bintang Portugal itu. - AP

~~Budak jual 3,000 lukisan kumpul biaya rawatan kanser~~

KANSAS, Amerika Syarikat - Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010.
Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan.

Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih.

Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan.

Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.

Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. - Agensi

~~Ulasan TG Nik Aziz berhubung kematian Osama Laden~~

JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Tuesday, May 3, 2011

~~Berani Kah Hussam Musa Cabar Nik Aziz Jalani Ujian Poligraf~~

Dato Ezskay Abdullah telah menyahut cabaran Hussam Musa untuk menjalani ujian Poligraf bagi memastikan Dato Eskay tidak berbohong dan bercakap benar dalam isu Seks Video Anwar Ibrahim. Gomo memang dari awal dah menjangka pasti akan ada sahaja kenyataan dari Pemimpin Pembangkang yang cuba mempertikaikan kreability Eskay Saksi dalam Video Seks Anwar.

Gomo juga nak mencabar Hussam Musa agar turut sama menjalani ujian Poligraf berhubung isu skandal Wang RM6 Juta dalam Projek Ternakan kambing Janapari yang telah di songlap Hussam Musa. Dah berapa kali Gomo keluarkan isu ini yang mana jelas terdapat penyelewengan yang berlaku dalam Projek Ternakan Kambing Janapari.

Ke mana Hussam Musa bawa wang RM 6 juta yang telah di berikan oleh Nik Aziz Nik Mat? Oleh kerana Nik Aziz Nik Mat juga terlibat dalam hal ini maka Gomo juga mencabar Nik Aziz Nik Mat menjalani Ujian Poligraf menjelaskan apakah Benar atau tidak Wang Rakyat RM6 Juta telah di berikan kepada Hussam Musa dalam Pembayaran buat Projek Kambing Janapari.

RM 6 Juta bukan sikit dan pastinya seluruh rakyat Malaysia juga ingin tahu ke mana wang tersebut pergi. Nak kata wang tersebut di gunakan untuk pembayaran Projek Kambing adalah tidak masuk akal kerana Projek Kambing Janapari telah lama terkubur malah Kandang kambing yang terbina juga telah mula menyembah bumi. Jadi ke mana perginya wang RM6 Juta tu? Di Guna untuk apa Oleh Hussam Musa?

Jika Hussam Musa anak Jantan maka sila lah jalani Ujian Poligraf bagi menentukkan sama ada Hussam Musa atau pun Nik Aziz yang berbohong dalam isu wang Rm6 Juta Projek Ternakan Kambing Janapari. Biar rakyat tahu siapa yang PEMBOHONG.

~~Beli majalah Red Warriors~~

Penyokong fanatik Kelantan...sila beli terbitan khas hasil tangan Rodly Fadly.

Majalah khas The Red Warriors


PENYOKONG-PENYOKONG setia pasukan Kelantan kini boleh mengenali lebih dekat pemain-pemain skuad The Red Warriors dengan mendapatkan majalah ‘Bola Mania- Edisi Khas The Red Warriors 2011’ yang akan berada di pasaran mulai minggu depan.


Menurut penerbitnya, Rodly Fadly, selain memaparkan kisah-kisah eksklusif bintang-bintang Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Badri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi, majalah tersebut  memuatkan poster pemain-pemain yang boleh dijadikan koleksi penyokong-penyokong fanatik The Red Warriors.


Selain boleh didapatkan di kedai-kedai buku sekitar Kelantan, majalah berharga RM4.00 itu juga akan dijual di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV setiap kali Kelantan beraksi.


“Buat permulaan, kami mencetak sebanyak 10,000 naskhah dan akan diulang cetak jika mendapat sambutan. Kami yakin penyokong-penyokong setia Kelantan tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya kerana ia boleh dijadikan koleksi mereka,” kata Rodly.

~~Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.~~

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada mengesahkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Raja Amir pada Julai depan. Selebriti ini pernah mempunyai hubungan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Menurut Nurul Syuhada, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana terikat dengan prosedur sebagai personaliti tv3, namun tidak menolak akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Raja Amir.

Tambahnya lagi, pihak media akan dimaklumkan mengenai majlis pernikahan apabila tiba waktunya nanti.
Nurul Syuhada & Raja Amir telah mengenali satu sama lain selama 2 tahun, dan hubungan tersebut menjadi serius dengan adanya rombongan merisik pada Januari lepas. 

Kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan & akad nikah pada Julai depan.

~~LIGA SUPER 2011 PUSINGAN 2 – KELANTAN TEKAD BURU 3 MATA~~

Pendahulu liga super 2011 Kelantan bakal berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang ESOK menentang pasukan di tangga ke 8 liga iaitu Johor FC  dalam misi memungut 3 mata penuh untuk mengukuhkan lagi cengkaman di takhta liga.

Kelantan kini memungut 33 mata berkongsi mata dengan Selangor namun jumlah perbezaan jaringan yang besar membolehkan Kelantan menduduki tangga pertama liga super 2011.

Bertandang ke Stadium JCorp, Pasir Gudang menentang Johor FC bukan tugas mudah buat anak buah Dato’ M. Karathu namun berbekalkan semangat membara selepas menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0 pada 30 April lalu memberikan keyakinan kepada Skuad The Red Warriors untuk memungut 3 mata penuh.

Namun ianya pasti bukan perlawanan mudah buat The Red Warriors memandangkan Pasukan Johor FC mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dan juga masih segar dengan kemenangan bergaya menewaskan Sabah 3 – 0.

Oleh itu Skuad Kelantan tidak seharusnya memandang rendah akan pasukan Johor FC yang  rata rata mempunyai pemain berpengalaman dan pemain muda.

Rekod pertemuan musim ini menyebelahi Skuad Kelantan dengan kemenangan 4 – 1 pada 12 februari lalu dalam saingan liga super dan juga menyingkirkan Skuad Lebah itu di saingan Piala FA 2011 dengan kemenangan 1 – 0 hasil jaringan Badhri Radzi pada 4 mac yang lalu.

Dato’ M. Karathu pastinya akan menurunkan barisan terkuat menentang Johor FC memandangkan beliau tidak mahu mengambil risiko kerana Johor FC mampu membuat kejutan di laman sendiri.

Penjaga Gol Kelantan, Khairul fahmi che mat sudah pasti akan di beri tugas menjaga gawang gol kelantan kerana aksi konsistennya dalam perlawanan lalu yang menyaksikan tiada bolos dalam 3 perlawanan terakhir.

Pertahanan Kelantan pula, Farisham Ismail dan Subramaniam akan di beri tanggungjawab dalam posisi pertahanan tengah manakala Zairol Fitree dan Daudsu masing masing mengisi posisi pertahanan kanan dan kiri.

Bahagian tengah pula diketuai oleh Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi ( Piya ) yang sudah menjaringkan 7 gol dalam saingan liga super setakat ini dan sudah pasti beliau akan bergandingan dengan Shakir Shaari.

Sayap kanan pula kemungkinan bakal di isi oleh S.Chanturu manakala sayap kiri akan di beri tugas kepada Nurul Azwan Roya yang di rehatkan dari kesebelasan utama ketika menentang Kuala Lumpur tempohari.

Bahagian atas sudah pasti di ketuai oleh penyerang kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang akan bergandingan dengan Ramzul Zahini ataupun Nizad Ayub.

Semoga Kelantan FA Berjaya menewaskan pasukan Johor FC untuk mengukuhkan lagi cengkaman di persada liga super 2011.

~~Waspada Kebangkitan Johor FC~~

Kemenangan besar Johor FC 3-0 ke atas Sabah memberi isyarat yang cukup jelas kepada peneraju takhta liga, Kelantan bahawa pertemuan menentang pasukan berstatus kelab di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam ini tidak boleh dipandang enteng.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu sendiri turut mengakui ranjau berduri menanti anak buahnya dalam usaha mempertahankan kedudukan ditangga teratas liga apatah lagi dua pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan lawan masing-masing.

“Sepanjang musim ini kita sudah dua kali bertemu dengan Johor FC dan kemenangan berpihak kepada kita dalam kedua-dua pertemuan itu. Namun saya mengingatkan kepada pemain bahawa situasi kali ini sudah cukup berbeza apabila bertemu lawan yang sama kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Jelas kemenangan besar 3-0 ke atas Sabah memberi satu motivasi yang tinggi kepada pasukan mereka bagi menghadapi kita. Biarpun hanya mampu mencatatkan dua kemenangan ditempat sendiri setakat ini, namun kemenangan tersebut memberi peringatan kepada kita bahawa kemampuan anak buah Azuan Zain tidak boleh dipandang mudah.

“Pertemuan ini merupakan sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencatatkan kemenangan. Saya berpesan kepada pemain saya, kalau kita ingin terus mengekalkan kedudukan dipuncak liga, kita harus menang perlawanan ini. Kita tidak boleh kalah dan perlu meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Karathu sendiri turut menghormati keupayaan rakan sejawatannya, Azuan Zain yang merupakan seorang jurulatih berpengalaman dan pakar dalam menyusun taktikal berkesan pasukannya.

“Saya lihat mereka gemar menggunakan formasi 3-5-2 setiap kali bertemu pasukan lawan. Mereka lebih suka mengamalkan corak permainan secara bertahan dan bertindak melakukan serangan balas pantas disebalik kelekaan pemain lawan.

“Aksi pertemuan pusingan pertama di Kota Bharu menyaksikan mereka terlebih dahulu menjaringkan gol. Anda mesti ingat ketika itu, kita melancarkan serangan menggila namun pemain mereka memanfaatkan peluang melalui serangan balas dengan menjaringkan gol. Saya fikir situasi itu tidak harus berlaku dalam perlawanan malam ini.

Sementara itu, Karathu turut menarik nafas lega apabila dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik Kelantan rentetan semua pemainnya bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan.

“Saya hanya akan menurunkan kesebelasan terbaik. Tidak banyak pertukaran pemain dilakukan. Mungkin satu atau dua pemain akan diberi peluang tetapi saya anggap itu perkara biasa didalam rombakan pasukan bagi menghadapi satu-satu perlawanan,” katanya.

Dalam aksi perlawanan Liga Super di Kota Bharu pertengahan Februari lalu, Kelantan mengalahkan Johor FC 4-1 sementara dalam aksi pusingan kedua kalah mati kempen Piala FA awal Mac lalu, Kelantan menamatkan cabaran Sang Lebah itu menerusi kemenangan tipis 1-0.

~~Penonton resah ular lilit leher budak~~








Seorang peserta cilik program realiti televisyen Britain's Got Talent (BGT) menawan hati para juri apabila dia melakukan persembahan bersama seekor ular sawa bernama Lucy pada Sabtu lepas.

Namun, para penonton lebih bimbangkan nasib budak perempuan berusia 7 tahun tersebut, Olivia Binfield, apabila lehernya dililit reptilia sepanjang 1.8 meter itu.

Olivia membawa bersama ular sawa jinak itu yang dipelihara keluarganya semasa membaca sajak mengenai kepentingan untuk memulihara spesies terancam dalam BGT.

Sepanjang persembahannya, hos BGT, Ant McPartlin dan Declan Donnelly nampak resah dengan McPartlin bertanya: "Ular itu melilit lehernya, adakah itu normal?"

Panel juri dan para penonton kemudian menarik nafas lega selepas melihat Olivia tidak diapa-apakan reptilia itu dengan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya.

~~Kuasa Make-Up~~



Lihatlah betapa hebatnya kuasa make-up. Make-up boleh buat muka yang tak berapa nak cun tiba-tiba boleh jadi cun melecun macam artis