Wednesday, May 4, 2011

~~UEFA lindungi Barca - Ronaldo~~


BARCELONA - Cristiano Ronaldo semalam mendakwa, badan bola sepak Eropah, UEFA telah memberi layanan istimewa kepada Barcelona dengan bertindak menggantung pengurus Real Madrid daripada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah yang berkesudahan 1-1 semalam.


Malah, Real dinafikan tiket final selepas kalah menerusi agregat 3-1 dalam dua perlawanan yang menimbulkan banyak keraguan mengenai pengadilan, baik ketika mereka beraksi di Madrid mahupun dalam kunjungan ke Nou Camp.

Semalam, pengadil dari Belgium, Frank De Bleeckere menyerlahkan dakwaan Ronaldo dengan membuat keputusan kontroversi apabila membatalkan gol pembukaan Real yang disempurnakan oleh Gonzalo Higuain kerana mendakwa Ronaldo telah mengkasari pertahanan lawan, Javier Mascherano sedangkan dia sebenarnya ditolak oleh pemain lawan sebelum terlanggar Mascherano. 

 “Barcelona menerima pelindungan yang amat bagus, kami sudah tahu sesuatu akan berlaku hari ini.


 “Pada tahun akan datang, mereka (UEFA) sepatutnya menyerahkan terus trofi kepada Barcelona,’’ tegas bintang Portugal itu. - AP

No comments:

Post a Comment