Tuesday, May 3, 2011

~~LIGA SUPER 2011 PUSINGAN 2 – KELANTAN TEKAD BURU 3 MATA~~

Pendahulu liga super 2011 Kelantan bakal berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang ESOK menentang pasukan di tangga ke 8 liga iaitu Johor FC  dalam misi memungut 3 mata penuh untuk mengukuhkan lagi cengkaman di takhta liga.

Kelantan kini memungut 33 mata berkongsi mata dengan Selangor namun jumlah perbezaan jaringan yang besar membolehkan Kelantan menduduki tangga pertama liga super 2011.

Bertandang ke Stadium JCorp, Pasir Gudang menentang Johor FC bukan tugas mudah buat anak buah Dato’ M. Karathu namun berbekalkan semangat membara selepas menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0 pada 30 April lalu memberikan keyakinan kepada Skuad The Red Warriors untuk memungut 3 mata penuh.

Namun ianya pasti bukan perlawanan mudah buat The Red Warriors memandangkan Pasukan Johor FC mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dan juga masih segar dengan kemenangan bergaya menewaskan Sabah 3 – 0.

Oleh itu Skuad Kelantan tidak seharusnya memandang rendah akan pasukan Johor FC yang  rata rata mempunyai pemain berpengalaman dan pemain muda.

Rekod pertemuan musim ini menyebelahi Skuad Kelantan dengan kemenangan 4 – 1 pada 12 februari lalu dalam saingan liga super dan juga menyingkirkan Skuad Lebah itu di saingan Piala FA 2011 dengan kemenangan 1 – 0 hasil jaringan Badhri Radzi pada 4 mac yang lalu.

Dato’ M. Karathu pastinya akan menurunkan barisan terkuat menentang Johor FC memandangkan beliau tidak mahu mengambil risiko kerana Johor FC mampu membuat kejutan di laman sendiri.

Penjaga Gol Kelantan, Khairul fahmi che mat sudah pasti akan di beri tugas menjaga gawang gol kelantan kerana aksi konsistennya dalam perlawanan lalu yang menyaksikan tiada bolos dalam 3 perlawanan terakhir.

Pertahanan Kelantan pula, Farisham Ismail dan Subramaniam akan di beri tanggungjawab dalam posisi pertahanan tengah manakala Zairol Fitree dan Daudsu masing masing mengisi posisi pertahanan kanan dan kiri.

Bahagian tengah pula diketuai oleh Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi ( Piya ) yang sudah menjaringkan 7 gol dalam saingan liga super setakat ini dan sudah pasti beliau akan bergandingan dengan Shakir Shaari.

Sayap kanan pula kemungkinan bakal di isi oleh S.Chanturu manakala sayap kiri akan di beri tugas kepada Nurul Azwan Roya yang di rehatkan dari kesebelasan utama ketika menentang Kuala Lumpur tempohari.

Bahagian atas sudah pasti di ketuai oleh penyerang kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang akan bergandingan dengan Ramzul Zahini ataupun Nizad Ayub.

Semoga Kelantan FA Berjaya menewaskan pasukan Johor FC untuk mengukuhkan lagi cengkaman di persada liga super 2011.

No comments:

Post a Comment